Berita Mengenai Idris Haron Kemalangan, Palsu

Kuala Lumpur – Tindakan segelintir pengguna telefon bimbit yang bergurau mengenai kemalangan yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron, dikecam kerana menimbulkan kekeliruan masyarakat.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati pesanan ringkas yang dikirim sejak petang tadi itu, telah menyebabkan masyarakat gempar sehingga ada yang mempercayai ‘berita palsu’ yang disebarkan itu.

 

“Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Ideris Haron eksiden kt air keroh keadaan 50-50… van langgar depan depan… .berdoa semoga beliau selamat … keadaan kritikal” menurut pesanan ringkas yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp itu.

 

Namun pejabat Ketua Menteri Melaka ketika dihubungi SuaraTV menafikan berita tersebut.

 

“Baru sahaja berhubung dgn Pejabat KM Melaka YAB Idris Haron, berita tentangnya terlibat dengan kemalangan adalah palsu.

 

“Alhamdulillah beliau dalam keadaan yang selamat” ujar pegawai tersebut.

 

Tinjauan yang dilakukan mendapati kemalangan yang dimaksudkan hanya melibatkan sebuah van dengan gambar Idris yang dipasang di sebuah tiang lampu.

 

van langgar idris harun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.