Bercium Tak Jadi Masalah – Johan Raja Lawak

Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak tidak ambil pusing kritikan sesetengah pihak yang kurang senang dengan aksi dia dan isterinya pelakon Ozlynn bercium di khalayak sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Paling Popular.

 

Apa yang menarik perhatian apabila aksi pasangan suami isteri itu bukan saja disaksikan penonton di Arena of Stars, Genting Highlands tetapi dipancarkan secara langsung menerusi TV3.

 

Jelas Johan, tindakan itu dilakukan secara spontan dan sebagai tanda dia mahu berkongsi kegembiraannya bersama Ozlynn yang merupakan antara individu yang paling penting dalam hidupnya.

 

“Apa pun yang jadi, isteri saya ada di sisi saya selama 24 jam. Isteri saya orang pertama yang tahu segala apa yang saya capai.

 

“Saya berkongsi semua dengan isteri saya, susah senang dan dia sentiasa ada di sisi.

 

“Saya tidak kisah dengan tanggapan orang dan apa yang orang mahu kata sebab dia isteri saya, Jadi, tiada masalah melainkan jika kami belum berkahwin atau dia bukan isteri saya,” bidasnya.

 

Pelakuan pasangan itu telah mendapat pelbagai komen sekaligus mencetuskan kontroversi apabila ada sebilangan pihak menyifatkan aksi mereka menjengkelkan.

 

Malah, ada juga yang berpendapat adegan cium mulut itu keterlaluan dan mengikut budaya barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.