Amanat Terakhir Jamaluddin Jarjis Pertahan Kepimpinan Najib

Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, memberikan amanat terakhir kepada semua Ketua UMNO bahagian Rompin supaya mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadapi serangan ke atas kepimpinannya.

 

Perkara itu disampaikan oleh Ketua Pemuda Rompin Datuk Mohd Johari Hussain, lapor Sinar Harian.

 

“Sebelum ini pada 2 dan 3 April lalu, beliau juga ada bertemu dengan ketua-ketua UMNO cawangan seluruh Rompin dan seingat saya ketika pertemuan dengan pemimpin UMNO Zon Tioman serta Zon Pantai…

 

“Beliau (Allahyarham) memberi peringatan yang yang pada saya amanat supaya mempertahankan PM untuk menghadapi segala serangan ke atas kepimpinannya,” Johari dilapor sebagai berkata.

 

Jamaluddin antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih dekat ibu negara Sabtu lalu.

 

Sementara itu, Johari percaya bahawa kepimpinan cawangan itu tidak ada masalah melaksanakan, malah beliau akan menunaikan amanat tersebut.

 

“Kami akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada masyarakat agar kepimpinan PM sentiasa kukuh,” beliau dilaporkan sebagai berkata. – malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.