Pengunjung Pusat Beli-belah Cedera Akibat Kemalangan Eskalator

Pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya terkejut selepas seorang wanita cedera dalam satu kejadian yang berlaku akibat kemalangan di eskalator.

Gambar yang tersebar di Facebook menunjukkan mangsa ditenteramkan oleh orang ramai.Dia dipercayai mengalami luka di bahagian kaki.

Sementara itu, pengurusan pusat beli belah berkenaan dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memberitahu, kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang semalam.

Ketika dihubungi The Star, pihak pengurusan memberitahu siasatan sedang dijalankan.

Mangsa yang berusia 20 tahun itu telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.