Nur Sajat Dapat Tawaran Berlakon Filem

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman, 32, akui menerima tawaran berlakon dan sedang mempertimbangkan perkara itu secara serius.

Menurut Nur Sajat, tawaran terbabit datang daripada seorang produser terkenal yang mahu menghasilkan sebuah filem berkaitan perjalanannya hidupnya’ lapor BH.

“Saya akui ada menerima tawaran itu, baru-baru ini, dan secara jujurnya saya sedang meneliti perkara berkenaan.

“Banyak hal yang perlu diperhalusi, termasuk melihat sejauh mana ia sesuai dengan jadual perniagaan saya,” katanya.

Nur Sajat memberitahu, lakonan memerlukan komitmen yang tinggi dan perkara itu perlu diteliti kerana saat ini dirinya sibuk membina empayar perniagaan produk kecantikan.

Katanya, beliau enggan bersikap tamak sehingga menyebabkan pihak lain berdepan dengan masalah andainya terus menerima tawaran yang dihulurkan sesuka hati.

“Dari segi watak dan jalan cerita, saya belum boleh kongsikan kerana kami juga tidak lagi sampai ke arah itu.

“Ketika ini, saya hanya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem berkenaan,” katanya.

Nur Sajat sebelum ini pernah membuat kemunculan dalam filem Ophilia pada 2014.

Nur Sajat turut memberitahu, beliau sedang mengintai peluang untuk mengembangkan perniagaan ke bidang penerbitan filem, tidak lama lagi.

“Saya memang suka kerja seni produksi, jadi saya rasa tidak salah untuk mencuba bidang ini. Apapun, nanti apabila segala-gala sudah ada hitam putih, saya akan maklumkan kepada anda semua,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.