Kang Chol Belum Mohon Maaf Kata PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan menentukan tindakan susulan selepas pengusiran keluar Duta Korea Utara, Kang Chol dari negara ini.

Beliau berkata, ia berikutan tiada permohonan maaf diterima Malaysia setakat ini dari pihak kedutaan Korea Utara di sini dan Pyongyang, lapor BH.

“(Kita) akan menentukan tindakan dari satu peringkat ke satu peringkat. (Kerana) kita tidak menerima sebarang permohonan maaf dari mereka, ” katanya.

Najib berkata, perisytiharan persona non grata terhadap Kang Chol atas prinsip Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sesiapa yang datang ke sini perlu menghormati undang-undang negara ini.

“Kalau dia buat tuduhan tidak berasas maka dia kena minta maaf, namun dia enggan.

“Maka, berdasarkan prinsip, kita ambil tindakan untuk isytihar persona nan grata, ini bererti kita memang tegas dalam soal maruah dan kedaulatan.Tiada sesiapa tidak boleh menghina dan memperkotak-katikkan negara kita, ” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.