Penyokong Bola Pertikai Sumbangan RM1 Juta Untuk JDT

KUALA LUMPUR – Mungkin tuah nama besar dan kejayaan yang dibawa oleh kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), hari ini mereka menerima satu lagi berita gembira apabila kerajaan bersetuju menyumbang RM 1 juta kepada kelab dari Selatan itu.

 

Memetik laporan Berita Harian Online, sumbangan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim. Ia bertujuan untuk membantu pembangunan sukan bola sepak di negeri Johor.

 

Namun tinjauan di laman sosial mendapati, ramai yang pelik dan terpinga-pinga dengan sumbangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak perlu kerana menyifatkan JDT sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk tujuan berkenaan.

 

Ada juga yang mencadangkan adalah lebih baik jika sumbangan itu diberi kepada pasukan negeri lain yang lebih memerlukan dana.

 

“Najib pergi derma RM 1 juta buat apa kat JDT, tak luak pun rasanya… Bagi la kat Perak,” kata Muhammad Syazwan.

 

“Malaysia ni suka sangat kayakan lagi orang yang dah kaya. Contoh derma 1 juta untuk JDT, pemurah betul” tulis Nazirulatic.

 

“Kenapa bagi sumbangan dekat JDT? Bagi la kat Pahang. Ciannn aok aok koi koi semua” bidas Modsya pula.

 

“Kerajaan tak nak sumbang pada PFC ke, JDT dah la power dan kaya. Bagilah pada PFC. Najib tak kesian pada negeri sendiri ke,” kata Haniffhanna.

 

Tidak ketinggalan ada juga yang berpendapat lebih adil jika semua pasukan negeri menerima agihan sumbangan yang sama.

 

Untuk fakta, JDT pada awal musim telah menerima suntikan dana RM50 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.