Majoriti Warga AS Bimbang Trump Jadi Presiden

Washington – Semakin ramai rakyat Amerika Syarikat mengunjungi pakar terapi untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dengan kemungkinan calon Republikan, Donald Trump, terpilih menjadi presiden ke-45 negara itu.

 

Akhbar Washington Post dan Wall Street Journal mendedahkan pakar psikologi melaporkan peningkatan dalam pesakit yang dapat mendapatkan rawatan berikutan apa yang dilabelkan sebagai ‘kebimbangan Trump.’

 

Ia termasuk keresahan dalam kalangan pakar psikologi sendiri.

 

“Antara sebab Trump membuatkan penduduk bimbang adalah beliau sendiri kelihatan resah. Ia menakutkan,” seorang pakar psikologi dipetik sebagai berkata, sehari selepas perbahasan di Detroit.

 

Punca lain yang menyebabkan peningkatan tekanan yang dikaitkan dengan Trump adalah apabila hartawan itu mengecam nilai sosial dan ‘tidak dikenakan tindakan.’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.