Tuhan Buka Hati Rozita Che Wan Untuk Berhijab

Kuala Lumpur – Selebriti popular, Rozita Che Wan membawa khabar berita bersama apabila selamat pulang daripada menunaikan umrah hari ini.

 

Khabar gembira itu disampaikan oleh pengurusnya, Afieq yang memberitahu bahawa pelakon yang dikenali dengan panggilan Che Ta kini sudah berhijab.

 

Melalui laman Instagramnya, Afieq turut berkongsi sekeping gambar Che Ta yang anggun berhijab.

 

“Alhamdulillah Che Ta dan Zain selamat pulang dari Tanah Suci, syukur kepada yang Maha Esa membuka hati Che Ta yang kini tampil dengan imej terbaru,” tulisnya.

 

Che Ta dan suaminya, Zain Saidin itu berangkat menunaikan umrah pada 25 Februari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.