Pesawat China Buat Pendaratan Cemas

Beijing – Sebuah pesawat domestik China, Sichuan Airlines 3U8816 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Jinan, wilayah Shandong, hari ini selepas dilaporkan penggera api di bahagian kargo mengeluarkan amaran kebakaran.

 

Laman web Airlive.net memetik kenyataan media tempatan sebagai berkata, pesawat yang dalam penerbangan ke bandar Hangzhou dari bandar Tianjin itu terpaksa mengubah haluan bagi membolehkannya melakukan pendaratan cemas di Jinan.

 

Namun, sehingga kini tiada laporan berkenaan jumlah penumpang dan anak kapal yang menaik pesawat berkenaan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.