Pelakon Disyaki Miliki Dadah Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pelakon lelaki yang popular sekitar tahun 90-an selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah di sebuah hotel di Jalan Yap Ah Shak, di sini malam tadi.

 

Dalam serbuan kira-kira 9.30 malam itu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, pelakon berusia 37 tahun itu yang bukan kali pertama ditahan terlibat dadah, sekali lagi dicekup bersama seorang wanita dan seorang lagi rakan lelaki dalam bilik hotel tersebut.

 

Malah hasil pemeriksaan ke atas bilik pelakon itu, polis bukan hanya menemukan belasan peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu tetapi turut menemukan sepucuk pistol angin yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.