Lelaki Disyaki Anggota ‘Geng 18’ Maut Ditembak Polis

KLANG – Seorang lelaki warga tempatan disyaki anggota kumpulan gengster ‘Geng 18’ ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan Kampung Melayu Hicom dekat sini, hari ini.

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian pukul 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek yang sedang memandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di sekitar sebuah sekolah rendah di Taman Sri Muda.

 

Cubaan pasukan berkenaan untuk menahan kereta yang dipandu lelaki berumur 35 tahun itu gagal apabila suspek bertindak merempuh kenderaan polis sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota terlibat.

 

“Di sebabkan itu, pasukan Ops Cantas Khas terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, menyebabkan suspek memecut keretanya untuk melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, kereta suspek dikejar sehingga ke Kampung Baru Hicom yang terletak lima kilometer dari tempat kejadian sebelum polis mengepung sebuah kedai besi buruk di situ, selepas mendapati kereta suspek diletak berhampiran. – Bernama / Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.