Judi Haram: Anak Ahli Perniagaan Terkaya Di Malaysia, Mengaku Bersalah

Las Vegas – Anak ahli perniagaan terkaya di Malaysia, Paul Phua bersetuju untuk mengaku bersalah atas pertuduhan menjalankan skim pertaruhan haram antarabangsa.

 

Las Vegas Review- Journal melaporkan, Darren Phua, 23, bercadang mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang, membabitkan penghantaran maklumat pertaruhan dan kehilangan US$125,000 (RM456,000) serta peralatan elektronik yang dirampas dalam serbuan pada 9 Julai lalu, di sebuah vila mewah di Caesars Palace.

 

Perkara itu disampaikan peguamnya dan dokumen tersebut difailkan pendakwa raya persekutuan.

 

Hakim Daerah Amerika Syarikat, Andrew Gordon menetapkan Jumaat (hari ini) untuk Darren menukar pengakuannya dan ianya belum difailkan secara terbuka.

 

Peguamnya, Richard Schonfeld memberitahu hakim bahawa Darren menukar pengakuannya, kerana rindukan keluarga dan mahu kembali ke Malaysia.

 

“Selepas menghabiskan sembilan bulan di Las Vegas dengan bapanya melawan kes ini, Darren sudah bersedia untuk pulang ke rumah,” katanya.

 

Paul yang juga seorang ahli judi profesional masih mempunyai kes lain membabitkan perjudian haram.

 

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendakwa, Paul terikat dengan sindiket jenayah Cina yang dikenali sebagai 14K Triad, namun ianya dinafikan peguamnya.

 

Kes itu akan disebut semula di hadapan Gordon, pada 13 April nanti.

 

Enam defendan yang didakwa bersama Darren dan Paul turut dikatakan terlibat dalam perjudian haram, membabitkan pertaruhan berjuta dolar, pada Kejohanan Piala Dunia tahun lalu.

 

Disember lalu, lima defendan dari Malaysia dan China mengaku bersalah dan dikenakan denda dan hukuman lima tahun untuk keluar dari Amerika Syarikat, namun kes terhadap defendan keenam ditolak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.