‘Jangan Tambah Duka Kami’

RANTAU PANJANG – Sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan sejak 17 Februari lalu, memohon masyarakat agar tidak menambah kedukaan mereka dengan menyalurkan maklumat palsu.

 

Wan Esah Wan Satapa, 50, berkata, ada pihak mengaku sebagai bomoh dan agen mencari orang hilang malah meminta bayaran yang tinggi.

 

“Suami saya hanya bekerja sebagai penoreh getah, mana mampu nak cari wang sampai RM500.

 

“Kami tak kisah nak beri sedikit ganjaran atas usaha mereka mencari Fatihah, tetapi janganlah sampai cecah RM500 dan biarlah selepas Fatihah ditemui terlebih dahulu,” katanya.

 

Disebabkan panggilan itu Wan Esah berkata, dia tidak dapat membezakan pihak yang benar-benar mahu menolong dengan pihak yang menipu.

 

Bagaimanapun katanya, ada penduduk dari dalam dan luar negeri ini yang prihatin menghubungi suaminya, Che Awang Ab Kadir, 59, dan bertanya khabar mengenai perkembangan mereka sekeluarga.

 

Keluarga Che Awang memohon semua pihak mencari Fatihah dan memujuknya pulang ke rumah dan menghubungi talian 019-4079133 atau balai polis terdekat.

 

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan pelajar tingkatan tiga itu pada 18 Februari lalu dan kes itu disiasat mengikut Kes Orang Hilang. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.