Dua Sahabat Maut Digilis

Bahau – Dua sahabat maut, selepas digilis sebuah lori tangki simen dalam kemalangan di kilometer 1, Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Stesen Minyak Petronas, hari ini.

 

Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, Abdul Hakeem Abd Manan dan Muhammad Noor Firdaus Ghazali yang berusia 25 tahun dari Batu Kikir, dalam perjalanan ke Juasseh dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

 

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berada di lorong kanan jalan itu, dipercayai cuba mengelak kenderaan di hadapan yang memperlahankan kelajuan secara tiba-tiba.

 

“Mangsa kemudiannya mengelak ke kiri jalan, iaitu di laluan lori tangki simen, namun terjatuh mengakibatkan kedua-dua mangsa digilis kenderaan berat itu.

 

“Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa diseret beberapa meter dari lokasi nahas dan meninggal dunia di tempat kejadian, akibat cedera parah,” katanya sambil menambah, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau membantu operasi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.