Dua Maut Helikopter Terhempas Di Jepun

Tokyo – Dua lelaki maut, apabila sebuah helikopter terhempas di barat Jepun, pada Jumaat.

 

Jurucakap polis memaklumkan, ketika kejadian, helikopter jenis “AS 332L” itu berlepas dari sebuah stesen hidroelektrik di Wilayah Mie, untuk ke pangkalan helikopter mengisi minyak.

 

Namun, menurut pegawai Kementerian Pengangkutan, ia terhempas di sebuah kawasan pergunungan, sekitar jam 10.50 pagi, selepas terlanggar talian elektrik.

 

Media tempatan melaporkan, dua lelaki yang berada dalam helikopter itu maut.

 

Namun, polis enggan mengesahkan laporan berkenaan.

 

Punca nahas masih dalam siasatan.

 

“Kami akan menyiasat apa sebenarnya berlaku kepada helikopter itu,” kata pegawai Kementerian Pengangkutan kepada AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.