Benjy Sekali Lagi Ditahan Miliki Dadah

Kuala Lumpur – Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim ditahan buat kali yang ketiga atas kesalahan memiliki dadah jenis Syabu.

 

Portal hiburan, Rotikaya melaporkan, pelakon yang berusia 37 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara, kira-kira jam 9:30 malam, Khamis.

 

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu.

 

Manakala pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinar disyaki dadah.

 

Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angin di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi.

 

Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

 

Sebelum ini, pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.