Bekas Suami Nurul Izzah, Mangsa Liwat Anwar?

Kuala Lumpur – Bekas suami kepada Nurul Izzah, dikatakan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya menjadi mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dijangka membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.

 

Menurut portal MalaysiaGazette, Raja Ahmad Shahrir dikatakan cukup kecewa apabila namanya turut dikaitkan dan dipersendakan dengan cerita-cerita yang boleh menjejaskan reputasinya.

 

Semalam, beberapa media sosial menyebarkan berita kononnya bekas suami Nurul Izzah akan membuat laporan polis kerana mendakwa beliau juga menjadi salah seorang mangsa liwat Anwar.

 

Beliau dan Nurul Izzah bercerai dengan pada 15 Januari 2015 selepas mendirikan rumahtangga pada 9 Mei 2003.

 

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, kini berumur lapan tahun, dan seorang anak lelaki kini berusia lima tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.