Banduan Dibogel Dan Dipukul Sampai Mati

Kuala Lumpur – Hari ini media sosial dan media massa di India serta di Malaysia melaporkan berita seorang penjenayah dibunuh selepas orang ramai bertindak memecah masuk ke dalam penjara dan membunuhnya beramai-ramai.

 

Ini rentetan daripada ketidakpuasan rakyat India terhadap penderaan seksual dan kes rogol yang semakin menjadi-jadi di negara itu.

 

Di samping lebih banyak laporan dan pendedahan dilakukan, orang ramai juga dilihat lebih banyak menentang secara terbuka sama ada dengan mengambil langkah sendiri menghukum pesalah atau menentang sistem sosial yang berlaku tidak adil terhadap kebebasan wanita.

 

Akhbar dalam talian, Mstar dipetik melaporkan insiden seorang lelaki yang berusia 35 tahun yang ditahan atas dakwaan merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pihak berkuasa pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.

 

“Satu perhimpunan besar-besaran oleh pelajar dan penduduk telah diadakan di Dimapur (ibu negeri Nagaland) pada pagi Khamis, mereka kemudian telah memecah masuk penjara dan mengheret suspek keluar,” lapor akhbar tempatan.

 

Mayat suspek yang dibogelkan itu kemudian digantung di bandar itu bagi memberi peluang kepada peserta demonstrasi melepaskan geram dan bergambar.

 

Menurut salah seorang polis, Supritendan Meren Jamir, pihaknya tidak dapat mengawal keadaan ekoran keadaan peserta demonstrasi yang tegang. Keadaan semakin buruk apabila sebuah saluran televisyen asing menyiarkan dokumentari melibatkan kes rogol yang mendapat perhatian baru-baru ini.

 

Sementara itu, pesalah turut menyalahkan gadis yang suka keluar malam tanpa menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan seperti yang dilaporkan dalam dokumentari terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.