Anak TPM, Najwa Bakal Bergelar Isteri

Kuala Lumpur – Penyanyi, Najwa Mahiaddin akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, pada 26 Mac ini.

 

Kad jemputan untuk majlis yang akan berlangsung di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya itu juga sudah diedarkan kepada tetamu.

 

Najwa yang pernah popular dengan lagu ‘Got To Go’ dan ‘Sri Mersing’ telah mengikat tali pertunangan dengan Idris Koh Keng Hui, pada 8 Disember lalu.

 

Majlis pertunangan mereka sebelum ini dilangsungkan di Sri Satria, dengan rombongan pihak lelaki membawa tiga dulang berbalas lima daripada pihak perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.