Video Detik-Detik Wanita Hamil 8 Bulan Ini Diseret Setelah Diragut oleh Dua Lelaki Motosikal

Ini adalah video detik-detik ketika seorang wanita hamil diragut  dan diseret oleh peragut.

Dalam pita CCTV satu kejadian dahsyat berlaku Santa Cruz, Manila, Filipina.

Di rakaman CCTV tersebut terlihat seorang wanita hamil yang terseret selepas begnya diambil oleh dua orang penunggang motorsikal.

Mangsa yang dipanggil Gigi (22), sedang berjalan  ketika ingin berangkat ke tempat kerja. Ketika itulah ada dua orang yang sedang menaiki motosikal mengambil begnya.

Gigi akhirnya terjatuh dengan kedudukan perut terlebih dahulu yang jatuh dan kemudian terseret.

“Mereka menyerang siapa pun, bahkan ia tahu bahawa aku sedang hamil,” ucap Gigi kepada ABS-CBN News.

Gigi mengalami kecederaan, tetapi tidak ada yang serius.

Walau bagaimanapun, dia masih di bawah pemerhatian sehingga dia bersalin.

Malangnya, kedua-dua lelaki yang meragut Gigi pada 29 Januari 2018 melarikan diri.

Tetapi kedua-duanya ternyata kembali  keesokan harinya pada 30 Januari 2018, kerana mereka  tertangkap kamera CCTV, kali ini mengajak seorang kanak-kanak di bawah umur.

Dalam rakaman terbaru, wajah pelaku lebih terlihat dan membuat petugas lebih mudah menangkap mereka.

Mereka berdua akhirnya diketahui keberadaannya.

“Pelaku adalah orang di kawasan tersebut,” kata Emil Jimenez, ketua polis tempatan.

Para pelaku diketahui bernama Nathaniel Vinarao (22) dan Matthew Conde (19), sementara kanak-kanak lelaki bawah umur itu kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan.

Ketika ditangkap, mereka berdua sempat memohon maaf pada petugas, mereka mengatakan bahawa mereka tidak bermaksud mengambil beg dari wanita tersebut.

Menurut dari satu di antara pelaku, mereka melakukan hal itu pada mulanya hanya untuk bergurau semata, bukan untuk mengambil begnya, namun kerana wanita itu terseret mereka menjadi takut.

Kedua-dua pelaku didakwa atas kes kecurian, penipuan dan pemilikan senjata api selepas mereka ditangkap mempunyai peluru kaliber 0,38 dengan beberapa peluru.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.