Letusan Awan Gunung Mayon Jadi Viral, Ini Cerita Dibalik Pembentukan Awan Tersebut

Sekeping gambar di Gunung Berapi Mayon di Filipina tiba-tiba mengemparkan masyarakat di situ.

Gambar tersebut menarik perhatian netizen kerana awan abu vuklanik memunculkan awan yang menakutkan.

Awan ini menyerupai cerita rakyat tempatan.

Gambar yang diambi wartawan Ciriaco Santiago ini mewakili mitos kuno yang ada di Gunung Mayon.

Kisah mitos ini menceritakan percintaan tragis antara Panganoron dan Magayon.

Menurut legenda Gunung Mayon, seorang wanita cantik bernama Magayon melarikan diri dari orang tuanya.

Ketika itu dia dijodohkan dan sudah bertunang dengan lelaki bernama Pagtuga.

Dia melarikan diri dengan kekasihnya Pangaronon.

Ketika melarikan diri, Magayon terkena panah beracun dari anak buah ayahnya.

Pada masa itu Pangaronon  melutut di atas Magayon yang sedang tenat.

Orang yang mencari mereka menusuk Pangaronon dari belakang.

Setelah bertahuin-tahun, para pembunuh mengebumikan mayat Pangaronon dan Magayon bersama.

Menurut cerita mitos itu,  pasangan yang dikuburkan ini bangkit dan membentuk gunung berapi yang di kenal dengan Gunung Mayon.

Ada yang mengatakan bahawa gunung ini meletus kerana Pengajuga menunggu Magayon.

Walau bagaimanapun, ada juga yang percaya bahawa Pangaronon memeluk Magayon.

Gambar gunung berapi ini menjadi viral selepas artis Kerby Rosanes membuat ilustrasi penciptaan gunung Mayon.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.