Lelaki Palestin Didakwa Bunuh Bekas Kekasih Warga Israel

Tel Aviv – Seorang lelaki Palestin didakwa telah membunuh bekas kekasihnya yang merupakan warganegara Israel.

Menurut laporan AFP pada Isnin (5/2/2018), pembunuhan tersebut didakwa dilakukan berdasarkan nasionalisme.

Lelaki bernama Mohamed Harouf, warga Nablus, Tebing Barat tersebut telah ditangkap polis Israel pada Ogos 2017 setelah jasad Mishal Halimi dijumpai.

Halimi, yang berusia 30 tahun, hilang pada Mei lalu ketika dia hamil.

Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, wanita Israel itu telah berkahwin dengan lelaki lain.

“Pembunuh (suspek) itu telah menjerat lehernya ketika mangsa sedang mengandung dan kemudian melempar batu sebelum dia meninggalkannya,” kata pendakwa raya umum Israel.

“Kami telah sampai pada kesepakatan ini untuk mengelakkan perbicaraan yang lama mengikut perjanjian dengan pembela (defendan). Kami akan meminta hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap suspek,” kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu kemudian akan ditentukan oleh mahkamah pada tarikh yang belum ditetapkan.

“Mahkamah mengakui bahawa pembunuh ingin membunuh seorang wanita Yahudi atas motif ideologi,” demikian disampaikan peguam keluarga Halimi dalam kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, pada 23 Mei 2017, Halimi dilaporkan hilang, dan kemudiannya keluarganya segera melaporkan kepada polis dan mengesyaki bekas teman lelakinya terlibat.

Halimi tinggal di penempatan Adam, dekat bandar Ramallah, Tebing Barat, tetapi jasadnya ditemui di tengah Israel. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!