Video : DAP Lapor Polis, Ku Nan Dakwa Melayu Pulau Pinang Dipinggirkan

KUALA LUMPUR – Ahli parlimen Bukit Gelugor dan Segambut dari DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

 

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang ditemui berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyataan Tengku Adnan mendakwa kerajaan Pulau Pinang telah meminggirkan orang Melayu di negeri itu.

“Kami mahu (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjawab dakwaan ini. Samada ia adalah daripada cadangan daripada Tengku Adnan atau dari kerajaan BN?,”katanya di sini hari ini.

 

Dua hari lalu, beliau berkata, jika Tengku Adnan benar-benar mahu membantu Melayu, negeri yang perlu dijadikan Wilayah Persekutuan bukanlah Pulau Pinang, sebaliknya Kelantan dan Terengganu.

 

Bagi membolehkan ia dilaksanakan, beliau berkata, Tengku Adnan wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja sebelum mengadakan referendum berhubung isu berkenaan.

 

“Jika satu-satunya agenda Ku Nan (Tengku Adnan) ialah untuk menolong Melayu, beliau mungkin sudah tersalah negeri.

 

“Ini kerana kedua-dua negeri yang majoriti Melayu itu (Kelantan dan Terengganu) adalah antara negeri paling miskin dalam negara.

 

“Paling tidak Ku Nan harus terkedepan dalam usaha mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, agar negeri itu boleh berhenti menjalankan aktiviti balak secara berleluasa,” katanya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.