Trump Kecewa Larangan Sekatan Tidak Dibenarkan

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melahirkan rasa kecewanya terhadap Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan sekatan terhadap rakyat asing diteruskan.

 

Trump menerusi laman Twitternya kesal dengan perintah untuk menyekat warga asing khususnya dari tujuh negara yang disenarai hitam tidak dipersetujui.

 
Menurutnya lagi, keputusan Mahkamah Persekutuan itu hanya membuka peluang kepada pengganas untuk bertindak di luar kawalan.

 

“Keputusan ini hanya akan menggembirakan si penjahat,” katanya.

 

Beliau berkata, sekatan yang diperintahkan kepada Kementerian Dalam Negeri sebenarnya akan memberi manfaat kepada AS kerana hanya dapat menyelamatkan negara itu dari sebarang kejadian tidak diingini.

 

“Keputusan mereka itu hanya menyukarkan,” jelasnya.

 

Terdahulu, Trump menandatangani arahan eksekutif mengharamkan visa dan juga kemasukan pelarian dari tujuh negara Islam.

 

Antara negara tersebut adalah Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman.

 

Larangan terhadap tujuh negara ini adalah kerana negara-negara tersebut secara terang-terangan tidak merestui penguasaan AS dan Israel di rantau itu.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.