Tengku Adnan Tidak Patut Guna Sentimen Perkauman

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub mendakwa bahawa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak seharusnya menggunakan sentimen perkauman dalam memberikan cadangan ‘bernas’.

 

Menurutnya, Tengku Adnan sepatutnya mencermin diri sendiri dahulu tentang nasib rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sebelum beralih ke Pulau Pinang.

 

“Isu-isu setinggan dan perumahan kos rendah dan sederhana masih disuarakan penduduk dan banyak lagi perjuangan yang belum selesai di kedua-dua tempat itu .

 

“Selain itu, penggunaan sentimen perkauman Melayu dalam cadangannya itu sangat bahaya dan mengancam keselamatan negara yang sama sekali bertentangan dengan harapan baru yang didambakan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

 

Semalam, Tengku Adnan berkata, menjadikan Pulau Pinang sebahagian daripada Wilayah Persekutuan untuk memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata selepas Majlis Khatam Aq-Quran Wilayah Persekutuan 2017.

 

Idea tersebut terhasil berikutan rasa prihatin beliau terhadap nasib orang Melayu di sana di didakwa tidak dipedulikan kerajaan negeri.

 

“Pemikiran seperti itu tidak langsung mencerminkan kepimpinan progesif untuk masa depan Malaysia yang cemerlang

 

“Tambahan pula, beliau sendiri tidak pernah merasai kehidupan susah untuk memperjuangkan isu-isu penderitaan rakyat yang semakin terhimpit khususnya di Kuala Lumpur sedangkan dia sendiri adalah menterinya,” katanya lagi.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.