Sultan Johor Beri Perkenan TMJ Tanding Presiden FAM

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memberi perkenan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

 

Persetujuan baginda itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi, hasil pertemuan beliau dan 13 ahli gabungan FAM dengan baginda di Kelab Polo, Istana Pasir Pelangi, di sini pagi ini.

 

Mohd. Yusoff berkata, perkenan tersebut diberikan baginda selepas pihaknya memberikan penjelasan dan hujah-hujah mengapa Tunku Ismail adalah calon terbaik untuk menerajui FAM.

 

“Sultan Johor mahu melihat sokongan yang tulen daripada ahli gabungan FAM yang mahukan Tunku Ismail dicalonkan sebagai Presiden FAM.

 

“Baginda juga berpesan jangan beri tempoh tertentu kepada anakanda baginda tetapi berikan beliau masa untuk melakukan perubahan,” katanya kepada pemberita sebentar tadi. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.