Salahuddin Sokong Kad Identiti Johor

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menyatakan sokongan terhadap kad pengenalan untuk rakyat Johor.

 

Kata beliau, pemilikan kad itu akan memudahkan rakyat Johor membuat permohonan pemilikan hartanah, pinjaman biasiswa dan urusan pemilikan harta pusaka serta perubatan.

 
“Ia tidak melanggari prinsip dan semangat perlembagaan Johor dan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Terdahulu, satu akaun Twitter yang menampilkan pengguna lelaki memberi maklumat dan gambar mengajak rakyat Johor yang belum mendapatkan kad itu agar berbuat demikian pada kadar segera, menjadi tular.

 

Pada kad itu turut dipaparkan nombor kad pengenalan Malaysia dengan di bawahnya tertera nombor Identiti Bangsa Johor, selain kad berkenaan kononnya boleh diguna sebagai kad debit untuk tujuan beli-belah.

 

Katanya lagi, pemilikan kad identiti negeri sebagai satu keistimewaan adalah perkara biasa yang diamalkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada.

 

“Kad pengenalan rakyat Johor yang bercirikan seperti kad istimewa yang memberikan kemudahan semasa berurusan.

 

“Oleh yang demikian saya tidak melihat isu pengenalan rakyat Johor ini adalah satu tindakan yang menyalahi perlembagaan malahan ianya boleh menjadi pemudahcara rakyat Johor berurusan di negeri itu,” katanya lagi.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.