MB Terengganu Masuk Hospital Akibat Jatuh Kuda

PETALING JAYA – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dimasukkan ke hospital selepas pengsan akibat jatuh kuda pada awal Isnin.

 

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, kejadian itu berlaku ketika beliau menjalani latihan Bukit Kiara Equestrian & Country Resort menjelang kejohanan menunggang kuda yang berlangsung tidak lama lagi.

 

Terdahulu, portal The Star melaporkan, beliau meminum segelas air di rumah kelab tetapi tidak mengingati apa-apa selepas itu.

 

“Saya tidak sedar bahawa telah jatuh pengsan. Doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati saya berada dalam keadaan baik.

 

“Namun saya akan ditempatkan di hospital untuk pemantauan bagi tempoh 24 jam,” kata beliau.

 

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar, sebarang program yang melibatkan Ahamd Razif akan ditangguh sehingga diberitahu. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.