Ku Nan Tersalah Negeri

SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor disifatkan tersalah negeri apabila mendakwa cadangan menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan untuk menolong Melayu.

 

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, Tengku Adnan sepatutnya mengemukakan cadangan itu terhadap Kelantan dan Terengganu.

 

“Beliau dicadangkan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon perkenan Majlis Raja-Raja dan seterusnya mengadakan referendum di Kelantan serta Terengganu, supaya  dua negeri itu dijadikan wilayah di bawah pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan.

 

“Ini kerana kedua-dua negeri yang majoriti Melayu ini adalah antara negeri paling miskin dalam negara. Paling tidak, Tengku Adnan harus berusaha kembalikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, agar negeri itu boleh berhenti menjalankan aktiviti balak secara berleluasa,” katanya dalam kenyataan, semalam.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.