Video : Jamal Umum Letak Jawatan Dalam Umno, Mahu Fokus Berniaga Judi Haram

AMPANG – Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos serta 9 pengikutnya dibebaskan kira-kira pada jam 7 malam tadi.

 

Jamal direman selama lima hari setelah mendapat perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim Majistret Mohd Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang.

 

Terdahulu jamal dan beberapa pengikutnya menyerbu premis mesin judi untuk membongkar kegiatan tidak bermoral di sekitar kawasan selangor.

Namun, Jamal dituduh kerana samun berkumpulan akibat terdapat beberapa barang di premis berkenaan didapati hilang dan pengadu membuat repot polis.

 

Selain itu, Jamal juga mengumumkan akan meletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Pengerusi Ngo Selangor dan Pengerusi Gabungan Ngo Malaysia untuk mengusahakan perniagaan barunya iaitu kedai mesin judi haram.

 

Katanya lagi, berniaga kedai judi haram lebih baik dan berkepentingan dari jawatan yang beliau miliki.

 

“Hari ini saya ingin mengumumkan berkemungkinan akan meletakkan jawatan saya sebagai Ketua Umno Bahagian, Pengerusi BN Parlimen Sg Besar, Pengerusi NGO Selangor dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia.

 

“Bagi saya jawatan yang dipegang untuk masyarakat ini tidak dapat dipergunakan sepenuhnya sebaliknya selepas ni saya akan mengusahakan perniagaan judi haram seperti taukeh-taukeh judi yang lain kerana usahakan judi haram ini mempunyai kekebalan, keistimewaan berbanding jawatan-jawatan sebagai pemimpin masyarakat,” katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.