Guru Besar Dipenjara 8 Bulan

SHAH ALAM – Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menerima wang bagi melanjutkan kontrak kantin sekolah tiga tahun lalu.

 

Hakim Asmadi Hussin memerintahkan tertuduh, M Subramaniam, 56, dipenjarakan berasingan masing-masing empat bulan bagi setiap pertuduhan.

 

Mengikut pertuduhan, dia yang sebelum ini berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang didakwa menerima cek bernilai RM1,500 dan wang tunai RM2,900 daripada seorang pengusaha kantin yang mempunyai tugasan rasmi dengan tertuduh.

 

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di kantin sekolah berkenaan pada 30 Januari dan 8 Oktober 2014.

 

Subramaniam yang kini guru besar sebuah sekolah di Sungai Buloh, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

Asmadi dalam penghakimannya yang menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bagi pertuduhan pertama dan empat bulan lagi bagi bagi tuduhan kedua, memerintahkan hukuman berjalan berasingan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.