Bawa Tiga Anak Beli Dadah Di Sempadan

 

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri mempergunakan tiga anaknya yang masih kecil ke kawasan sempadan Perlis untuk mendapatkan bekalan dadah jenis ganja pada Jumaat lalu.

 

Taktik licik pasangan berusia 37 dan 31 tahun itu telah dihidu pihak berkuasa apabila mereka ditahan anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, petik Kosmo.

 

Tangkapan tersebut dilakukan di kawasan perumahan Taman Ria, Sungai Petani dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang, Jumaat lalu, ketika keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dengan menaiki kereta Toyota Vios.

 

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui 120 ketulan mampat ganja seberat 108.66 kilogram (kg) di dalam kereta dinaiki lima sekeluarga tersebut.

 

“Ketulan mampat ganja itu disembunyikan di ruang tayar simpanan dan di bawah alas kaki tempat duduk hadapan dan belakang,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.