Bawa Kereta Kebal Isi Minyak

LONDON – BRITAIN. Sudah menjadi kebiasaan membawa kereta ke pam minyak apabila kenderaan kehabisan petrol.

 

Namun begitu, ia menjadi sesuatu yang luar biasa apabila membawa kereta kebal untuk mengisi petrol ke dalam kenderaan itu.

 

Satu video menunjukkan beberapa orang lelaki yang memandu kereta kebal jenis CVR (T) Scorpion Light di bandar Kettering di tengah-tengah negeri itu.

 

Saat tiba di stesen minyak, mereka membuat keputusan untuk mengisi penuh tangki dengan kos $625 dolar (RM2,765.95).

 

Bagaimanapun, video tersebut telah dimuat naik di Laman Youtube, TankNutDave pada tahun 2015 namun ia kembali menjadi viral sekali lagi minggu ini. – Sinar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.