Netizen Kecam Video Fasha Bersenam Sambil Kendong Anak

KUALA LUMPUR – Video yang dimuat naik pelakon cantik, Fasha Sandha menerusi laman sosialnya menerima kritikan daripada netizen apabila pelakon itu melakukan aksi senaman sambil mengendong anak.

 

Rata-rata netizen memberikan kritikan apabila aksi yang dilakukan Fasha boleh mengundang kesan negatif terhadap anaknya yang baru berusia satu setengah tahun.

 

Seorang daripadanya, Razif Sulaiman meninggalkan komen “Alahai…kesian Baby tu gegar otaknya..,”tulisnya.

 

Mirans Amir berkata, “Kalau ibu tu prihatin letak anak dalam stroller,”tulisnya.

 

“Kalau gegar otak budak tu dia dah tak sedar dah…ingat otak bergegar ni benda main main,” tulis Ryuna Nabiela.

 

Azmani van Falcao menulis, “Senaman tu bagus aku bagi lima bintang. Tapi kesian aku tengok anak tu bergegar-gegar kepala dia,”tulisnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.