Najib Ucap Selamat Tahun Baru Cina, Semoga Sentiasa Makmur, Sejahtera

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan semoga sentiasa makmur dan sejahtera kepada masyarakat Tionghua di negara ini.

 

Perdana Menteri berkata, Malaysia menjadi tempat tinggal masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kebudayaan, terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang, dan semuanya telah memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa.

 

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua masyarakat Cina Malaysia Selamat Tahun Baharu dan semoga sentiasa makmur dan sejahtera.

 

“Tidak dapat dinafikan sumbangan besar kaum Cina terhadap kebudayaan, masyarakat dan ekonomi Malaysia. Hasil daripada kerja keras dan pengorbanan mereka dapat dilihat di setiap bahagian negara kita,” katanya dalam catatan terbaru dalam blog NajibRazak.com.

 

Tahun Baharu Cina akan disambut pada Isnin dan Selasa ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.