Iklan Rubber Boy Mula Jadi Trending

KUALA LUMPUR – Satu lagi iklan petronas yang mampu membuatkan kita mengalirkan airmata. Iklan Rubber Boy kini sudah mula menjadi trending di youtube.

 

Menggunakan hashtag #PETRONAS Chinese New Year 2016: Rubber Boy, video itu menerima tontonan sebanyak 881,240, dan like 3,981 sejak ditayangkan sehari lalu.

 

Rata-rata yang memuji iklan petronas dan berpendapat ia merupakan sebuah lagi iklannya yang mampu memberikan rasa keinsafan. Tidak kurang juga ada yang berpendapat ia sebuah lagi iklan yang membuatkan penonton berasa seperti ‘memotong bawang’ dihujung minggu.

 

Seorang pelayar, Syed Muhamad telah meninggalkan komennya, “Video ni mengajar aku erti bersyukur. Bersyukur je lah apa yang kita ada dalam hidup kita, just accept it.. dan perlu sentiasa cari peluang untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing,” tulisnya.

 

Azim Hulaimi menulis, “Lepas ni, saya akan telefon ibu saya,”katanya.

 

Iklan ini menceritakan bagaimana seorang ibu tunggal bekerja keras demi membesarkan anaknya. Kehidupannya yang miskin membuatkan anaknya sering menerima ejekan daripada rakan sekolahnya. Selepas memarahi ibunya dan melihat sendiri bagaimana si ibu membanting tulang, anaknya mula sedar bagaimana kesusahan ibunya bekerja keras demi membesarkannya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.