Harimau Belang Mati Dirempuh Di LPT2

KEMAMAN – Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini, awal pagi tadi.

 

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 1 pagi ketika harimau berkenaan cuba melintasi lebuh raya, dilanggar sebuah MPV yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

 

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Kamaluddin Mohamad, yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu dan tiga penumpang MPV berkenaan selamat.

 

Bangkai harimau belang berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut.

 

Dalam pada itu, Kamaluddin turut menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati memandu di sepanjang lebuh raya berkenaan terutamanya pada waktu malam berikutan banyak binatang liar berkeliaran dan melintas.

 

“Berwaspada dengan haiwan seperti rusa, tapir, babi dan binatang ternakan seperti kambing, lembu serta kerbau yang berkeliaran di kawasan itu,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.