Video: JPJ Dikepung 14 Tonto Ketika Operasi

Semenyih – Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus dibayangi tonto apabila empat belas kenderaan dipercayai tonto cuba mengepung kenderaan penguatkuasa dalam satu operasi khas di sini petang semalam.

 

Dalam kejadian tersebut sekumpulan tonto dikesan apabila pihak penguatkuasa JPJ memburu sebuah lori lebih muatan yang sedang melalui lorong tikus.

 

 

Bagi mengelakkan lori tersebut ditahan, ada dikalangan tonto itu yang cuba menghalang kenderaan JPJ.

 

Namun lori yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan itu akhirnya berjaya ditahan dalam operasi yang berlangsung selama 3 jam itu.

 

Dalam operasi tersebut sebanyak 75 lori yang membawa muatan berlebih telah diperiksa dan
40 daripadanya didapati melakukan pelbagai kesalahan.

 

Antaranya lebih muatan, cukai jalan tamat tempoh , menggunakan tayar botak serta permit pemeriksaan berkala tamat tempoh.

 

Operasi yang berakhir jam 7 petang itu diketuai oleh Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Selangor, Ahmad Kamarulzaman Mehat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.