Video IS Setanding Filem Barat

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Seorang cendekiawan Amerika Syarikat mendakwa kualiti rakaman video memaparkan juruterbang Jordan, Leftenan Pertama, Maaz al-Kassasbeh, 26 dibakar hidup-hidup dengan kejam adalah setanding filem Barat.

 

Profesor James Henry Fetzer berkata, rakaman berdurasi hampir 30 minit itu dipercayai menelan kos yang tinggi untuk dihasilkan kerana menggunakan kepakaran tinggi.”Perbezaannya amat ketara jika mahu dibandingkan dengan video penggal kepala beberapa tebusan sebelum ini,” katanya.

 

Menurutnya, pembunuhan kejam Maaz tidak syak lagi bertujuan mencetuskan ketakutan dan kebimbangan untuk mendorong penduduk AS menyokong lebih banyak pelaburan ke atas tentera dan sumber mereka di Timur Tengah.

 

“Campur tangan AS dalam konflik di rantau Arab hanya akan menyebabkan lebih banyak kekejaman berlaku,” jelasnya lagi.

 

Dalam satu kenyataan lain, pemerintah Jordan, Raja Abdullah II berikrar untuk mengambil tindakan tegas selepas menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua militan sebagai respons terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan IS.

 

“Kematian Maaz tidak akan menjadi sesuatu yang sia-sia sebaliknya ia menjadi pembakar semangat kepada kami untuk memerangi IS,” tegasnya. – Press TV / Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.