Sedar Dari Koma Baru Diketahui Sudah Bergelar Isteri Orang

Kuala Terengganu: “Bila sedar daripada koma saya sudah jadi isteri orang,” kata Siti Aisyah Abdul Nasir, 23, yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, sehari sebelum majlis akad nikahnya.

 

Siti Aisyah berkata, dia dimasukkan ke HSNZ pada 27 Januari kerana penyakit kencing manis kronik, namun meminta dikeluarkan wad pada 29 Januari untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada 30 Januari lalu.

 

Menurutnya, selepas pulang ke rumah jam 8 malam, dia memakai inai sambil dibantu tiga adik dan beramah mesra dengan tetamu.

 

“Tidak sampai enam jam pulang ke rumah, penyakit kencing manis saya kembali menyerang sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) jam 4 pagi iaitu tujuh jam sebelum majlis akad nikah berlangsung,” katanya.

 

Bekas ejen jualan kereta itu berkata, dia sanggup meminta keluar dari wad dan mengetepikan sakit seketika semata-mata mahu melangsungkan perkahwinan, namun hasratnya untuk ditabalkan di atas pelamin bersama suami terkandas di tengah jalan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.