“Saya Masih Sayang Ayah Meskipun Dipukul Berkali-Kali”

Seremban –  “Saya masih sayang ayah meskipun dipukul berkali-kali,” kata kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dipercayai didera bapanya sejak setahun lalu di rumah mereka di Taman Jujur Kiri, Sikamat, di sini.

 

Dakwanya, dia sering dipukul bapa berusia 37 tahun yang juga kaki mabuk sejak kematian ibunya, namun abang dan adik perempuannya berusia sembilan dan tiga tahun tidak didera.

 

Difahamkan, kanak-kanak malang itu melarikan diri dari rumahnya jam 10.30 pagi kelmarin, sebelum mendapatkan bantuan seorang jiran yang kemudian membuat laporan polis.

 

Lebih menyayat hati, mangsa dikatakan turut dipaksa mengemis untuk membeli sekotak rokok dan sekiranya gagal dia akan dipukul menggunakan tali pinggang.

 

“Ayah pukul dengan tali pinggang di muka dan seluruh badan serta halau saya keluar beli rokok, tetapi tidak beri wang. Apabila balik tanpa rokok, saya kena pukul.

 

“Saya menangis setiap kali dipukul, tetapi ayah masih pukul berkali-kali. Abang dan adik tidak dipukul, saya tidak tahu kenapa diperlakukan begitu,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, semalam. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.