Roketkini : Kabinet Najib Bermasalah, Murid Sekolah Di Malaysia 5 Tahun Kebelakang – Kit Siang

Gelang Patah – Kabinet Najib bermasalah memahami kenyataan bahawa murid sekolah di Malaysia berada lima tahun di belakang Korea Selatan, Shang Hai di China dan Singapura, kata Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.

 

Ujarnya, Menteri Pelajaran Tan Seri Muhyiddin Yassin dan 35 Menteri kabinetnya seperti bermasalah memahami kenyataan, dengan mengatakan kualiti pendidikan Malaysia lebih baik berbanding UK, Jerman dan Amerika Syarikat.

 

“Nasib baik menteri-menteri kabinet tidak wakili Malaysia dalam penilaian PISA dan TIMSS.

 

“Jika tidak, mereka pasti buat Malaysia semakin corot sehingga Malaysia tertinggal sepuluh tahun ke belakang,” sindir Kit Siang.

 

PISA merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development).

 

Ujian ini diadakan tiga tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.

 

PISA bertujuan menguji penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik.

 

Kit Siang dalam kenyataannya hari ini mengingatkan menteri-menteri tidak membuat kenyataan melulu yang menunjukkan tahap pemikiran mereka yang rendah.

 

“Sepatutnya Menteri tidak boleh buat kesilapan besar yang tidak akan dilakukan murid sekolah, seperti diucapkan Menteri Asas Tani Datuk Ismail Sabri.

 

“Menteri tidak mampu lagi memilih antara kebenaran dan kepalsuan di negara kita,” ujar Kit Siang.

 

Sementara itu katanya, sikap Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar dilihat berat sebelah berbanding kes melibatkan pembangkang.

 

“Khalid biasanya akan kirim twitter hendak siasat ahli politik pembangkang dan pemimpin masyarakat, sebaliknya tidak (ada tindakan) jika datang dari BN.

 

“Khalid memerlukan beberapa jam untuk twit mahu siasat Ismail Sabri, namun nampaknya itu hanya hendak menunjuk-nunjuk sahaja tanpa apa-apa makna.

 

“Biarlah rakyat tanpa mengira kaum, agama dan negeri mengadili kualiti dan karakter kabinet Najib yang banyak memalukan negara dan merendahkan reputasinya di peringkat antarabangsa,” ujar Kit Siang lagi. – Roketkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.