Proton Bakal Jadi Kereta ASEAN

PUTRAJAYA 6 Feb. – Malaysia dan Indonesia hari ini akan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi mengembangkan perniagaan kereta nasional negara, Proton ke negara jiran itu.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara jiran tersebut menunjukkan minat untuk menjadikan kereta nasional itu sebagai kereta ASEAN.

 

“Menerusi MoU ini berkemungkinan Proton akan mengembangkan perniagaannya di Indonesia untuk menjadi mobil (kereta) ASEAN. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga mempunyai beberapa pandangan dalam hal ini dan menunjukkan minat untuk merealisasikan projek tersebut,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Presiden Indonesia itu dalam lawatan rasminya ke Malaysia, di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.