PKR Mahu Hadi Hadir Mesyuarat PR Ahad Ini

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi perlu hadir mesyuarat Pimpinan PR Ahad ini, demikian menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

 

Beliau berkata, kehadiran Abdul Hadi dilihat perlu kerana ia mesyuarat yang diatur dan semua pemimpin parti komponen PR sudah dipanggil.

 

“Beliau dipanggil untuk hadir. Kita berharap beliau akan hadir.

 

“Tapi, segala keputusan terletak pada Abdul Hadi dan sebagai rakan dalam parti, PKR hanya mahu lihat semua pemimpin hadir untuk mencapai keputusan yang bakal dibincangkan,” katanya kepada media di Pejabat Agung Pas, sebentar tadi. – MalaysiaDigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.