Olympus Lancar Kamera Baharu E-M5 Mark II

Olympus Malaysia Sdn. Bhd. (Olympus) hari ini melancarkan jaringan model kamera sistem tanpa cermin OM-D terbaharu mereka, E-M5 Mark II.

 

Pengurus Besar Bahagian Sistem Pengimejan Olympus, Yong Kee Nyap berkata, model terbaharu E-M5 Mark II itu merupakan kesinambungan daripada tiga model OM-D terdahulu termasuk E-M1, E-M5 dan E-M10.

 

“Kelainan pada E-M5 Mark II ini adalah kami memberi kelebihan kepada rakaman video di mana kamera ini dilengkapi penstabilan imej lima paksi padanya.

 

“Ini merupakan kamera sistem tanpa cermin seumpamanya di dunia yang dilengkapi penstabilan imej lima paksi di mana saingan terdekat kami hanya menggunakan dua paksi.

 

“Maka, penggunaan ketika rakaman video atau fotografi lebih stabil tanpa memerlukan peralatan penstabilan luaran yang lebih mahal dan berat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran serentak global OM-D E-M5 Mark II di sini hari ini.

 

Model terbaharu E-M5 Mark II ini dijual dengan harga dari RM3,899 dan sempena pelancaran hari ini, tiga pakej menarik disediakan kepada pembeli jika mendapatkannya sebelum 8 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.