Mayat Juruterbang Masih Pegang Kemudi Ketika Ditemui

TAIPEI: Juruterbang nahas pesawat TransAsia masih memegang kayu kemudi di dalam kokpit ketika mayatnya ditemui, lapor media pada Jumaat.

 

Juruterbang yang dikenal pasti oleh TransAsia sebagai Liao Chien-tsung, 42, menerima pujian daripada Datuk Bandar Taipei kerana berjaya mengemudi pesawat di antara blok apartmen dan bangunan komersial sebelum pesawat terjunam ke dalam sebuah sungai.

 

Liao dijulang sebagai wira susulan tindakannya di saat-saat akhir sebelum nahas yang mengorbankan 31 orang pada Rabu.

 

Liao dan pembantu juruterbang dilaporkan cedera parah di kaki ketika mayat mereka dikeluarkan dari kokpit pesawat ATR 72-600 itu, kata penyiasat.

 

“Mereka cuba untuk menyelamatkan pesawat ini sehingga ke saat akhir,” media Taiwan memetik kata seorang pendakwa yang tidak mahu dikenali yang terlibat dalam penyiasatan kemalangan itu.

 

Pegawai dewan bandar raya dilapor berkata jumlah kematian akan menjadi lebih dahsyat jika pesawat itu merempuh ke dalam mana-mana bangunan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.