Lelaki Cina Ditangkap Baling Babi Ke Masjid Di Butterworth

Seorang lelaki berbangsa cina telah ditangkap sewaktu sedang melemparkan daging babi di Masjid Telaga Air Butterworth semalam.

 

Lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh kariah masjid sebelum diserahkan kepada anggota Polis yang datang sejurus kemudian setelah dihubungi.

 

Sewaktu kejadian, lelaki tersebut sedang cuba untuk melemparkan daging babi ke dalam kawasan masjid. Bagaimanapun kejadian berkenaan disedari oleh kariah masjid berkenaan dan berjaya menangkap lelaki cina tersebut selepas dikejar.

 

Menurut saksi, kejadian meletakkan daging babi di kawasan masjid berkenaan sudah beberapa kali berlaku, dan akhirnya mereka berjaya menangkap individu yang melakukan perbuatan biadap tersebut.

 

Ketika ditahan, lelaki cina tersebut berpura-pura gila dan seolah-olah tak sedarkan diri. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.