Kerana Iklan ‘Pecat Pembantu Indonesia’ Laman RoboVac Digodam

Laman web syarikat peralatan pembersihan, RoboVac, robovacmalaysia.com, yang berpengkalan di Kota Damansara digodam hari ini selepas laman itu mengeluarkan iklan, “Fire Your Indonesian Maid Now!” (Pecat Pembantu Indonesia Anda Sekarang) sebagai pendekatan pemasaran menjual vakum pembersih robotik syarikat itu.

 

Tindakan menggodam itu dipercayai dilakukan oleh penggodam Indonesia apabila ia memberi amaran kepada syarikat itu supaya berkelakuan baik kepada saudari-saudari (pembantu rumah) mereka.

 

Kenyataan amaran itu juga mengingatkan bahawa orang Indonesia akan tetap melindungi (pembantu rumah Indonesia) dan iklan itu bukan kelakar.

 

Warning!!!
Please be nice to our sisters, they have family, they have kids, all need for her to be fed up. Don’t forget we are Indonesian people will protect them. Your advertisement is not very funny at all. You drop our people dignity at your feet. Thank you. :).
Salam, C*N* B*N 2014.

 

Terdahulu, media Indonesia melabelkan iklan tersebut sebagai racist dan mendukacitakan. Ini diikuti permohonan meminta maaf oleh Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla daripada RoboVac yang mengeluarkan iklan yang secara etikanya, salah.

 

Selain membangkitkan kemarahan, Kalla dalam laporan akhbar Jakarta Post juga berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menghentikan penghantaran pekerja domestik itu ke Malaysia untuk tempoh tiga, empat atau lima tahun selepas ini.

 

Laporan yang sama menyatakan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur telah menghantar peguam untuk bertemu dengan pengurusan RoboVac sebelum memfail aduan kepada pihak polis di Malaysia.

 

Media Indonesia juga meminta Presiden Indonesia, Joko Widodo yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia agar menyampaikan protes iklan ini kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.