‘Kasino Rimba’ Dalam Kebun Sayur, 31 Kaki Judi Diberkas Polis

Ipoh – Seramai 31 kaki judi diberkas dalam serbuan sepasukan polis daripada Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman di ‘kasino rimba’ yang terletak dalam kebun sayur di Chandan Desa, Simpang Pulai, di sini hari ini.

 

Dalam serbuan kira-kira 3.30 petang itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM27,130 dan sejumlah 547 cip pelbagai nilai yang keseluruhannya bernilai RM21, 350.

 

Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 Bukit Aman, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, kesemua kaki judi yang ditahan membabitkan 28 lelaki dan tiga wanita yang berusia lingkungan 28 hingga 60-an.

 

“Serbuan dilakukan oleh lima pegawai dan 30 anggota D7 Bukit Aman serta D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

 

“Operasi dijalankan hasil risikan dan pemantauan selama seminggu yang selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan ‘judi dadu’ di kawasan kebun sayur terbabit,” katanya ketika ditemui dilokasi serbuan, hari ini.

 

Menurutnya, turut ditahan adalah seorang lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai penjaga kawasan kebun sayur berkenaan. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.